31.3.09

happy birthday aleeya


Aleeya meraikan harijadinya yang ke-6 bersama rakan-rakan sekelas di tadika. Kelihatan kek berperisa oren sedang diagihkan oleh guru Aleeya. Sebelum makan, Aleeya telah mengetuai bacaan doa makan beserta dengan maksudnya sekali. Teringat aku dia menyebut "naka" instead of "neraka".

-mama aleeya (yang berbaju kurung biru) sedang memerhati gelagat anaknya yang sungguh ceria pada saat itu..hehe
-aku: "dah besar anak aku ni.cepat benar masa berlalu"

18.3.09

see you tok and tok wan...!


Bersiap-sedia untuk bertolak ke Pahang selepas menghabiskan cuti sekolah Mac2009 di Kedah. Irfan kelihatan sayu untuk meninggalkan tok dan tok wan kesayangannya. Perasaan sayu yang hanya dapat digambarkan melalui air muka dan tidak dapat digambarkan melalui kata-kata ( kerana beliau masih belum fasih bercakap..hehe)